Baru-baru ini, tular di media sosial tentang ramai yang datang menziarahi pusara salah seorang mangsa nahas UPSI, iaitu Allahyarhamah Nurly Shahirah. Difahamkan, orang ramai berebut-rebut untuk ziarah kuburnya kerana kawasan tersebut berbau sangat wangi. Klik link artikel untuk berita penuh.
Jemaah Malaysia sekali lagi terima pujian dari Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, yang kagum dengan tahap disiplin serta kebersihan jemaah Malaysia ketika di Masyair sebelum ini. Menurut Sinar Harian, penghargaan itu disampaikan sendiri oleh Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Muhammed Al-Rabiah kepada Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar semasa program Grand Hajj Symposium pada Ahad lalu. Dalam pertemuan itu juga, Mohd Na’im turut ketengahkan topik pengurusan kad Nusuk kepada pihak kementerian terbabit.
Hasrat si isteri bersama suami membawa anak mereka menaiki MRT bertukar menjadi detik hitam apabila seorang pemuda didakwa cuba merakam gambar bawah skirt dirinya ketika kejadian. Melalui pemilik video, @90’s co detik hitam itu di aplikasi Tiktok. Suspek yang ditangkap suaminya berdalih mengatakan dia hanya merekod 'pemandangan' sebelum polis bantuan memeriksa CCTV. Klik link di bio untuk baca artikel selajutnya!
“Setakat ini, rakaman dashcam itulah yang kita peroleh dan kita akan teruskan dengan mengambil keterangan pemilik dashcam terbabit.” - Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin
Sebuah Proton Satria hilang kawalan lalu melanggar tiang lampu dan pokok, sebelum terjunam ke laluan bertentangan dan merempuh sebuah Perodua Axia yang dinaiki lima individu. Akibat daripada kejadian itu, seorang penumpang Perodua Axia parah dan kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Tuanku Jaafar (HTJ). Proton Satria tersebut didakwa terlibat dalam satu lumba haram dan brek mengejut sebelum ke pembahagi jalan menyebabkan kemalangan berlaku, Klik link di bio untuk baca artikel penuh!